Apa Hukum Makan Hasil dari Judi Togel?
tempat kami marak togel padahal warga hidup sudah mapan, apa hukumnya bila makan hasil dari togel
Yth Ketua MUI Lampung, di tempat kami marak togel padahal warga hidup sudah mapan, apa hukumnya bila makan hasil dari togel? Terima kasih.
Pengirim: +6285658906xxx
Hukum Berjudi Haram
Para ulama setuju bahawa hukum berjudi adalah haram dalam Islam. Hal ini didasarkan pada firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: ada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. (Al-Baqarah: 219)
Dalam ayat lainnya disebut bahawa judi termasuk dalam perbuatan syaitan, sehingga kita mesti menjauhinya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.
Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)
Dalam bahasa Arab, judi disebut al-Maysir, yang berasal daripada akar kata yasira atau yasura yang berarti menjadi mudah atau yasara (memudahkan).
Hal ini dapat difahami kerana judi menjanjikan keuntungan tanpa melalui cara yang wajar sebagaimana diajarkan dalam Islam.
H Mawardi AS
Ketua MUI Lampung (eka)