Chord Gitar
Chord dan Lirik Lagu Gerimis Mengundang MP3 Slam, Lengkap dengan Video YouTube
Simak, lirik lagu, chord gitar, serta video Gerimis Mengundang MP3 yang dinyanyikan Slam.
Slam merupakan grub musik asal Malaysia yang mulai mempopulerkan lagu Gerimis Mengundang pada tahun 1995.
Hingga kini lagu Gerimis Mengundang masih didengarkan oleh masyarakat, bahkan tidak sedikit musisi yang meng-cover lagu ini.
Nama Zamani, Shah, Ajak, Lili, Man & Eddie tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat seni suara tanahair, khususnya selepas kejayaan album kedua mereka yang berjudul Kesan Terbukti.
Album ini telah memuatkan lagu-lagu berhantu dengan 5 lagu berada di kedudukan teratas carta muzik Malaysia dan Indonesia seperti Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Manisnya Rindu dan Bukan Niat Membalas Derita.
Mereka kemudiannya terus mengorak langkah dengan lagu-lagu hits yang lain seperti Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani dan lagu malar segar mereka, Gerimis Mengundang.
Awal Perjalanan Karier Slam
Kumpulan Slam telah ditubuhkan di Johor Bahru, Johor oleh Shah Nizam bin Abdul Halim (Shah), bekas pemain gitar kumpulan Exist (kini Exists) pada tahun 1993.
Sewaktu proses rakaman album pertama mereka pada 1993 sedang dijalankan, Shah terpaksa mengenepikan vokalisnya gara-gara suara tidak mencapai tahap yang dikehendaki sewaktu mendendangkan lagu Nina ciptaan Rahim Othman.
Mereka terpaksa menangguhkan pembikinan album pertama dengan membuka peluang kepada vokalis-vokalis baru yang ingin mencuba nasib dengan Slam.
Ujibakat telah diuruskan bersama oleh pihak pengurusan Johan Sound Production (kini dikenali sebagai Johan Music).
Zamani juga merupakan seorang penyanyi yang tidak pernah meninggi diri walaupun dia kini tergolong dalam kelompok vokalis terbaik tanah air.
Malahan penyanyi itu mempunyai sifat malu yang cukup tebal hingga terpaksa belajar beraksi di atas pentas dengan Shah.
Zamani berjaya menyanyikan semula lagu-lagu yang telah 70% dirakamkan oleh vokalis asal.
Pada penghujung 1995 sebagai bekalan sementara menunggu proses rakaman album ketiga mereka selesai.
Ternyata ketiga-tiga lagu bonus petikan album kompilasi tersebut mengungguli carta, terutama sekali lagu Gerimis Mengundang yang menjadi lagu paling popular pada tahun 1996 sehingga pernah dirakam dalam 24 versi saduran oleh penyanyi pelbagai negara dan bahasa serta layak ke peringkat akhir AJL dan AIM.
:quality(30):format(webp):focal(0.5x0.5:0.5x0.5)/lampung/foto/bank/originals/chord-dan-lirik-lagu-gerimis-mengundang-mp3-slam-lengkap-dengan-video-youtube.jpg)